Blogger Widgets

Monday, February 11, 2013

Kenapa PC Cepat Rosak

Pada kali ini, saya akan membincangkan beberapa faktor penyebab komputer/laptop cepat rosak. Baiklah, istilah rosak disini adalah seperti lambat proses data/program, tersekat (hang), virus, data/folder hilang secara tiba-tiba (hidden), punca kuasa terpadam sendiri(power supply), bunyi pelik didalam komputer (casing), bau hangit, meletup, tidak boleh dihidupkan dan banyak lagi..

ANTARA PENYEBAB UTAMA:-

1-

Suhu persekitaran yang panas atau pada suhu bilik 35*c-37*c. Komputer mampu beroperasi beberapa hari pun sekiranya diletakkan didalam suhu 17*c iaitu suhu penghawa dingin. Tidak hairanlah SERVER mampu beroperasi di dalam suhu bilik 17*c melebihi 1 bulan tanpa dipadam !!!

2-

Persekitaran yang berhabuk, seperti tepi tingkap atau PC diletak diatas lantai. Komponen komputer amat sensitif terhadap habuk kerana ia dilengkapi ratusan cip/kapasitor/transistor dan diod yang mudah panas.

3-

Penggunaan yang terlalu lama pada suhu bilik melebihi 3 jam. Kipas didalam kerangka komputer tidak mampu 'menyejukkan' semua komponen/peranti yang terdapat didalamnya. Kipas tambahan boleh dipasang tetapi pendawaian hendaklah betul bagi mengelakkan litar pintas yang akan merosakkan komponen dalaman.

4-

Penggunaan menjangkau keupayaan sebenar, seperti suntingan video berkapasiti terlalu besar atau bermain game beresolusi tinggi. Contohnya, Pemproses 1.6GHz dengan memori 256MB hanya mampu memproses data ringan seperti MS Word, PDF, mendengar lagu MP3 dan melayari internet. Permainan komputer dan suntingan video sesuai dijana oleh pemproses 3.0GHz jenis 64Bit, 2GB-8GB memori berkelajuan 800MHz - 2066MHz dan 2GB Kad memori jenis 128Bit - 512Bit.

5-

PC berada terlalu hampir dengan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio, pemanas air, pembakar roti dan sebagainya yang menghasilkan ganguan gelombang elektrik/cas statik (distortion) .

PENYEBAB SAMPINGAN:-

1-

Virus, sekiranya mengunakan antivirus yang baik dan dikemaskini setiap hari, 99% virus gagal menyerang data atau file O.S ( Operating System ). Imbas(scan) pendrive(pemacu USB)/external hard disk (cakera keras luaran) tiap kali selepas memuat turun / salinan (download)/(copy-paste) fail dari PC lain.

2-

Jarang diservis melebihi 6 bulan ( Format Install O.S ). Sebaiknya, servis PC setiap 3 bulan untuk mengoptimumkan prestasi komputer.

3-

PC pernah terhempas/gegaran kuat dari hentaman objek. Cakera keras adalah objek yang paling sensitif terhadap gegaran kuat dan didalamnya terdapat jutaan bit data yang disimpan.

4-

Sambaran petir yang mengakibatkan bekalan kuasa/papan litar (motherboard) terbakar. Sambaran petir/litar pintas mampu merosakkan sebahagian/keseluruhan data didalam cakera keras termasuk O.S, bekalan kuasa, papan litar dan komponen lain didalam kerangka PC.

5-

Memori (R.A.M) tidak mampu menampung data yang terlalu banyak disimpan didalam cakera keras (hard disk). Semakin besar saiz memori, semakin cepat komputer mencapai jutaan Bit data dari cakera keras. Naik taraf kapasiti RAM sekiranya semakin banyak data telah disimpan.

1 comment:

  1. I alwayz careless with the small matter thing like that... Its very dangerous right???

    ReplyDelete