Blogger Widgets

Monday, February 18, 2013

Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop

1. Jangan beli kerana disebabkan kawan-kawan ramai beli, jenama tersebut banyak di kedai-kedai komputer, kerana kata-kata promoter...sebaliknya beli kerana anda sudah betul-betul yakin jenama laptop yang akan anda beli itu adalah yang terbaik setelah dikaji / servey.

2. Jangan beli kerana cadangan / pujukan dari penjual / promoter kedai tersebut. Untuk pengetahuan anda, 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan. Servey dahuli di forum internet, cari masalah dan kelebihan sesuatu jenama laptop yang ingin dibeli.

3. Jangan sesekali merasakan "....ah! semua laptop sama je...! harga je ada murah ada mahal" Setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan, maka buatlah kerja "servey" beberapa tempat / kedai sebelum anda yakin untuk membelinya. Jangan terlalu cepat percaya dengan iklan / promosi / kata-kata manis jurujual yang kononya ia paling baik.

4. Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!

5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan!. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan designer, pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi optimum. Jika anda sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya, saya cadangkan pilih jenama Apple.

OS dan Perkakasan - 3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.

1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya. Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.

2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Saya lebih suka memilih Processor AMD kerana ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri....Disamping itu amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz, terpulang pada kemampuan dan tujuan anda membelinya.

3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. ( PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat ). Lihat pada tajuk Perbezaan RAM.

Petua

Buat sedikit "research" top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka.

Saya berikan contoh top 10...

1. Asus

2. Fujitsu

3. Apple

4. Dell

5. Toshiba

6. HP

7. Lenovo

8. NEC

9. Samsung

10. Sony

Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.

Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri.

1. Asus

2. Dell

3. Samsung

4. NEC

5. Fujitsu

Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai.

Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri )

1. Asus

2. Dell

3. Fujitsu

Akhir sekali, pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.

Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara :

1. Jenama

2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )

3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )

4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )

5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )

Sunday, February 17, 2013

PERTAMA

1. ON PC / LAPTOP

2. TEKAN BUTTON F8 SAMPAI KELUAR MESEJ, SAFE MODE

3. GUNA ARROW KEY, PILIH SAFE MODE KEMUDIAN ENTER

4. PILIH ADMINISTRATOR, BILA DAH MASUK DESKTOP, KLIK YES

5. PASTU, KLIK KAT START PILIH RUN

6. DALAM RUN, TAIP MENDA NIH, c:\windows\system32\dllcache

7. CARI WGALOGON.EXE ICON GAMBAR MACAM BINTANG BIRU.

8. DELETE WGALOGON.EXE....SETLE...

KEDUA

1. KLIK START

2. PILIH RUN

3. TAIP MENDA NI PULAK, regedit

4. DOUBLE CLICK FOLDER HKEY_LOCAL_MACHINE

5. DOUBLE CLICK FOLDER SOFTWARE

6. DOUBLE CLICK FOLDER MICROSOFT

7. DOUBLE CLICK FOLDER WINDOWS NT

8. DOUBLE CLICK FOLDER CURRENT VERSION

9. DOUBLE CLICK FOLDER WINLOGON

10. DOUBLE CLICK FOLDER NOTIFY

11. NAMPAK FOLDER WGALOGON? HAH...DELETE JE FOLDER WGALOGON NI....SETLE...

12. CLOSE REGEDIT.

13. RIGHT CLICK PADA MY COMPUTER

14. PROPERTIES

15. CLICK AUTOMATIC UPDATES

16. TANDAKAN PADA BULAT, TURN OFF AUTOMATIC UPDATES.

17. SETLE PROBLEM...

RESTART PC...SIAP!!

Saturday, February 16, 2013

Laju, Sederhana Atau Biasa?

Kali ini, saya ingin menceritakan tentang janis-jenis PC mengikut kategori, spesifikasi, harga dan kegunaanya...

Harga RM600.00 hingga RM1000.00

PC jenis biasanya berkeadaan baru dan menggunakan perkakasan asas sahaja. Ianya menguunakan Pemproses dari siri AMD dan Intel yang menjana kuasa sekitar 1.6GHz hingga 2.0Ghz sahaja, manakala RAM pula hanya menggunakan 256MB hingga 1GB yang menjana frekuensi sekitar 533MHz, 667MHz atau 800MHz.

Bagi penggunaan Motherboard pula, siri frekuansi 800MHz atau 1066MHz ( FSB ) dan dilengkapi Hard Disk 80GB, 160gb, 250GB atau 320GB. Biasanya, PC jenis ini kadangkala tidak dilengkapi Floppy drive, sebaliknya dipasangkan dengan Card Reader drive dibahagian depan PC.

PC jenis ini amat sesuai untuk kerja-kerja ringan seperti menaip surat, menghantar e-mel, pembelajaran anak-anak kecil dan kerja-kerja ringan yang lain.

Harga RM200.00 hingga RM600.00

Haha....PC ini yang paling murah dan paling banyak dijual di kedai Low Yatt Plaza. Ia juga ada dijual di sesetengah kedai komputer biasa, namun amat jarang ditemui.

PC jenis ini adalah kategori recond dan berusia sekitar 4 tahun hingga 9 tahun. Motherboard pula jenis yang support RAM berfrekuensi 133MHz, 200MHz, 266MHz, 333MHz, 400MHz dan 533MHz dari jenis SD-RAM dan DDR-RAM. Ia masih menggunakan slot IDE cable, Floppy drive, IDE hard disk dan RAM sekitar 128MB hingga 512MB sahaja. Dijanakan oleh Pemproses AMD, Cyrix, Via dan Intel berkelajuan 500MHz hingga ke 1.2Ghz sahaja.

PC kategori ini amat sesuai untuk pengguna baru yang mahukan sebuah komputer peribadi untuk kerja-kerja ringan dan untuk kegunaan anak kecil yang mahu berjinak-jinak dengan Fun Games...

Monday, February 11, 2013

Kenapa PC Cepat Rosak

Pada kali ini, saya akan membincangkan beberapa faktor penyebab komputer/laptop cepat rosak. Baiklah, istilah rosak disini adalah seperti lambat proses data/program, tersekat (hang), virus, data/folder hilang secara tiba-tiba (hidden), punca kuasa terpadam sendiri(power supply), bunyi pelik didalam komputer (casing), bau hangit, meletup, tidak boleh dihidupkan dan banyak lagi..

ANTARA PENYEBAB UTAMA:-

1-

Suhu persekitaran yang panas atau pada suhu bilik 35*c-37*c. Komputer mampu beroperasi beberapa hari pun sekiranya diletakkan didalam suhu 17*c iaitu suhu penghawa dingin. Tidak hairanlah SERVER mampu beroperasi di dalam suhu bilik 17*c melebihi 1 bulan tanpa dipadam !!!

2-

Persekitaran yang berhabuk, seperti tepi tingkap atau PC diletak diatas lantai. Komponen komputer amat sensitif terhadap habuk kerana ia dilengkapi ratusan cip/kapasitor/transistor dan diod yang mudah panas.

3-

Penggunaan yang terlalu lama pada suhu bilik melebihi 3 jam. Kipas didalam kerangka komputer tidak mampu 'menyejukkan' semua komponen/peranti yang terdapat didalamnya. Kipas tambahan boleh dipasang tetapi pendawaian hendaklah betul bagi mengelakkan litar pintas yang akan merosakkan komponen dalaman.

4-

Penggunaan menjangkau keupayaan sebenar, seperti suntingan video berkapasiti terlalu besar atau bermain game beresolusi tinggi. Contohnya, Pemproses 1.6GHz dengan memori 256MB hanya mampu memproses data ringan seperti MS Word, PDF, mendengar lagu MP3 dan melayari internet. Permainan komputer dan suntingan video sesuai dijana oleh pemproses 3.0GHz jenis 64Bit, 2GB-8GB memori berkelajuan 800MHz - 2066MHz dan 2GB Kad memori jenis 128Bit - 512Bit.

5-

PC berada terlalu hampir dengan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio, pemanas air, pembakar roti dan sebagainya yang menghasilkan ganguan gelombang elektrik/cas statik (distortion) .

PENYEBAB SAMPINGAN:-

1-

Virus, sekiranya mengunakan antivirus yang baik dan dikemaskini setiap hari, 99% virus gagal menyerang data atau file O.S ( Operating System ). Imbas(scan) pendrive(pemacu USB)/external hard disk (cakera keras luaran) tiap kali selepas memuat turun / salinan (download)/(copy-paste) fail dari PC lain.

2-

Jarang diservis melebihi 6 bulan ( Format Install O.S ). Sebaiknya, servis PC setiap 3 bulan untuk mengoptimumkan prestasi komputer.

3-

PC pernah terhempas/gegaran kuat dari hentaman objek. Cakera keras adalah objek yang paling sensitif terhadap gegaran kuat dan didalamnya terdapat jutaan bit data yang disimpan.

4-

Sambaran petir yang mengakibatkan bekalan kuasa/papan litar (motherboard) terbakar. Sambaran petir/litar pintas mampu merosakkan sebahagian/keseluruhan data didalam cakera keras termasuk O.S, bekalan kuasa, papan litar dan komponen lain didalam kerangka PC.

5-

Memori (R.A.M) tidak mampu menampung data yang terlalu banyak disimpan didalam cakera keras (hard disk). Semakin besar saiz memori, semakin cepat komputer mencapai jutaan Bit data dari cakera keras. Naik taraf kapasiti RAM sekiranya semakin banyak data telah disimpan.

Sunday, February 10, 2013

Basic Network Command

Kali ini, saya cuma mahu berkongsi arahan mudah ( computer networking basic commands ) didalam kegunaan harian saya.Mari sama-sama kita belajar mahirkan penggunaan keyboard dan shorcut key didalam CMD.Sebelum dipraktikkan, tekan kekunci window + R serentak atau cara asalnya, Start -> Run -> taipkan CMD didalamnya.

Selamat Mencuba ya kawan-kawan....!

net view
memaparkan senarai nama komputer didalam rangkaian

net send (nama PC) (pesanan anda)
memaparkan mesej kepada nama PC yang anda hantar

net send * (message)
menghantar mesej kepada semua nama PC didalam rangkaian

net send (alamat IP ) (pesanan)
memaparkan mesej kepada nama PC yang anda hantar, tetapi menggunakan alamat IP

shutdown -i
Shutdown PC didalam rangkaian

shutdown -m \\(nama PC atau alamat IP)
sama seperti arahan diatas, namun lebih cepat

ipconfig
memaparkan alamat IP, Subnet Mask dan Default Gateway

hostname
memaparkan nama PC anda